JARINGAN Paulinho pada babak terakhir perlawanan
memastikan Brazil layak ke final Piala Konfederasi selepas menumpaskan
Uruguay, 2-1, awal pagi semalam.
PENYERANG berbisa Brazil, Neymar didakwa gemar
melakukan aksi diving dan berpura-pura dilanggar pemain lawan dalam
saingan separuh akhir Piala Konfederasi (CBF) menentang Uruguay, awal
pagi semalam.
BIARPUN layak ke final Piala Konfederasi,
pengendali Brazil, Luiz Felipe Scolari tidak mendabik dada sambil
menyifatkan banyak yang perlu dipelajari oleh anak buahnya sebagai
persiapan di Piala Dunia 2014.
PENGENDALI Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah
menggesa anak didiknya supaya lebih berwaspada ketika menerima kunjungan
juara Piala FA, Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Ipoh,
malam ini.
PENDATANG baru Liga Perdana musim depan, Pulau
Pinang terus dihimpit dilema apabila sehingga kini masih gagal menarik
minat mana-mana penaja untuk membantu pasukan itu.
Wakil Afrika, Mali sekadar seri 1-1 ketika
menentang Paraguay pada aksi Kumpulan D Kejohanan Piala Dunia Bawah 20
(B-20) yang berlangsung di Turki, awal pagi semalam.
TUAN rumah, Turki memulakan kempen Piala Dunia
Bawah 20 Tahun (B-20) dengan langkah kanan selepas menumpaskan El
Salvador 3-0 di Trabzon, awal pagi semalam.
BIARPUN layak ke separuh akhir Piala
Konfederasi, pengendali Itali, Cesare Prandelli ternyata tidak gembira
dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan