Rabu, 3 Julai 2013

Tanaman Sayur


 


Penanaman sayuran di rumah telah menjadi hobi kepada kebanyakkan orang. Sebenarnya penanaman sayuran di rumah boleh membawa banyak faedah kepada kita seperti kita dapat menjimat tanpa perlu membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu, kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang segar lagi sihat kerana sayur-sayuran yang ditanam di rumah tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang akan menjejaskan kesihatan kita. Dengan itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:
  • Penyediaan Tanah
    Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu
    • Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient.
    • Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah.
    • Tanah liat: tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, maka kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air.
    • Tanah pasir: Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air.
  • Tanah gambut: Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.Penyediaan Batas
    • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m.
  • Semaian
    • Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan selepas 3-4 minggu.
  • Penanam Benih
    Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
  •  Pembajaan
    Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah seperti berikut:
    • Masukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan.
    • Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering.
    • Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.
    • Ulang langkah a), b) dan c) sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat.
    • Terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.
    • Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
    • Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
  • Penyiraman
    Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.
  • Pengawalan Rumpai
    Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan atau cangkul) atau secara sungkupan.
  • Pengawalan Serangga Perosak
    Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina, dan beberapa tumbuhan herba yang lain. Jangan gunakan racun perosak.
Jenis sayuran yang boleh di tanam dengan senang adalah: Sawi, cili, terung bulat, terung panjang, kacang panjang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato, dan banyak lagi.



                                              
 
                                                                                                                                                              









Tiada ulasan:

Catat Ulasan