Rabu, 3 Julai 2013

Perosak Tanaman

Hai!!!!!!!...Tajuk kali ini saya nak kongsikan sedikit maklumat kt korang tentang jenis mahkluk perosak tanamam korang..benda2 nie lah yang selalu menganggu cita2 korang untuk menjadi petani n usahawan modem...hahahaha...korang kena banyak  belajar taw benda2 cmni....so,enjoyyyy






JENIS MAHKLUK PEROSAK
  

       HAMAMA PEROSAK
       Nama Biasa     : Hama Merah / Hama Labah-labah
       Nama Inggeris  : Spider Mite / Two Spotted Spider Mite
       Nama Saintifik  : Tetranychus Urticae
       Famili               : Tetranychidae
       ------------------------------------------------------------------------------
     
        TANAMAN
        Serangga biasa kepada tanaman saperti Cili,Tomato,Terong dan Timun Batang

       BAHAGIAN DISERANG
       Daun,Puncok dan juga Buah

       KEROSAKAN
       Larva,nimfa dan juga hama dewasa menyerang tanaman dengan menghisap cecair
       daun pucuk dan juga buah.Serangan menyebabkan daun gugur.Daun yang diserang
       akan menjadi kerinting,melengkung ke bawah,berwarna perak dan menjadi keras.
       Hama tinggal di bawah daun.

       BIOLOGI HAMAMA
       Telur - Hamama bertelur di dalam jaringan sarangnya dan mampu bertelur lebih 100
       biji sepanjang hayatnya.Telur akan menetas 4-10 hari bergantungkeadaan cuaca.
       Bertelur kira-kira 5-6 biji sehari.
       Larva - Larva berkaki enan.Jangka masa perengkat 1 hari.Larva jantan lebih besar dari
       bertina.
  
       Nimfa - Nimfa berkaki 8.Menyerupai hamama dewasa tapi saiz kecil.Tempoh masa
       ialah 5-9 hari.
       Hamama Dewasa - Berkaki 8.Saiz antara 01-0.2 mm.Badan bujur saperti telur.Warna
       merah dan kehijauan dan sangat aktif.
       Kitaran Hidup - 6-10 hari.
       KAWALAN
       Guna racun Omite 57EC atau Omite 50WP(7 hst),Racun Kelthane EC atau Meto EC
       atau Trithane EC (7 hst),Racun Morestan 25WP (7 hst) atau Racun Mitac EC,Ectodec
       EC ,Taktic EC (7 hst)  
_______________________________________________________________________
     
       KUTU TRIP
       Nama Biasa           :   Kutu Trip
       Nama Inggeris       :   Thrips
       Nama Saintifik      :    Thrips Palmi Karny
       Famili                   :     Thripidea
-     -----------------------------------------------------------------------------
      TANAMAN
       Serangan kepada tanaman Timun,Cili,Terung,Tomato,Labu,Peria dan Petola

       BAHAGIAN SERANGAN
       Daun dan Buah

       KEROSAKAN
       Nimfa dan kutu Trip menghisap cecair tumbuahan dari bahagian bawah permukaan daun
       menyebabkan daun jadi keperangan,kerinting dan mengkung ke atas.Pucuk menjadi keras
       daun tirus dan gugur.Kutu Trips juga menyerang buah akibat buah menjadi tompok-
       tompok keruping halus berwarna perang.

       BIOLOGI SERANGGA

       Telur - Kutu Trips bertelur sebiji-biji di bawah daun.Bentuk saperti buah pinggang warna
       putih.Seekor bolih bertelur 50-60 biji.Menetas 4-9 hari.
       Nimfa - Rupa sama dengan serangga dewasa.Bersalim kulit 2 kali dalam masa 4-6 hari.
       Penyalinan kulit perengkat pupa ambilmasa 1-2 hari
       Pupa - Warna kuning,bentuk tirus,panjang 1.24 mm.Pupa biasa nya berada 10-25 mm
       dalam tanah.Jangka masa 2-4 hari.
       Kutu Trips Dewasa - Berwarna kekuningan saiz kira-kira 1 mm.Bolih hidup 2-4 minggu
      Kitaran Hidup - 11-21 hari
      KAWALAN
      Racun di syorkan.Selecron 500 EC (7hst),Deltanet 200EC(7hst),Tukothionn 500EC (7hst)
      confior 200SL(14hst)Regent 50SC (7hst)
  _____________________________________________________________________
      MASALAH PENGGUNAN RACUN PROSAK
     
      Penggunaan racun serangga secara berterusan tanpa kawalan boleh menimbulkan
      masalah saperti berikut;
     
     
*     Perosa kmenjadi kebal terhadap racun srangga
      *     Kebangkitan semula serangga perosak
      *     Kemunculan perosak yang baru
      *     Bahaya pencemaran kepada manusia dan alam sekitar
      *     Kandungan sisa baki racun  yang tinggi dalam makanan
      *     Timbunan sisa baki racun serangga tinggi dalam tuboh haiwan ternakan


                             
                                                                                                                                                                                        


Tiada ulasan:

Catat Ulasan