Pasti ramai yang tak tahu macam mana rupa pokok Lidah Mak Mentua ni,
kan? Kalau pokok ular, tahu tak? Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga
tidak. Nama saintifiknya "
sansevieria". Ha, dah ada yang kata kalau pokok tu saya taulah! Ya, itulah pokok yang kita kenal sebagai
lidah jin.
Kali ni saya nak tulis sikit tentang lidah jin ni sebab ramai kawan-kawan kat
fb, twitter
dan kat luar sana yang tanya kenapa asyik tulis tentang pokok bunga
jer, tulislah juga tentang tanaman hiasan yang lain macam pokok keladi
ke, pokok lidah buaya ke, clathea ke dan macam-macam lagi yang "sewaktu"
denganya. Maka kali ni silalah baca tentang lidah jin ...
Di negara Barat selain dikenali dengan nama Lidah Mak Mentua (
Mother-In-Law's Tongue) dan Pokok Ular (
Snake Plant), tumbuhan ini juga dipanggil Lidah Syaitan/Hantu (
Devil's Tongue) dan "
bow string hemp".
Pokok lidah jin ini berasal dari benua Afrika dan ada banyak spesis iaitu lebih daripada 70 jenis. Antaranya ialah
Sansevieria
cylindrica, Sansevieria ehrenbergii, Sansevieria eilensis, Sansevieria
kirkii, Sansevieria pinguicula, Sansevieria trifasciata dan
Sansevieria stuckyi. Spesis yang paling digemari ramai sebagai tanaman hiasan ialah spesis
Sansevieria trifasciata. Untuk mengenali bagaimana rupa bentuk spesis-spesis ini, sila lihat gambar-gambar di bawah ini.
|
Sansevieria cylindrica |
|
Sansevieria pinguicula |
|
Sansevieria eilensis |
|
Sansevieria kirkii |
|
Sansevieria stuckyi |
|
Sansevieria trifasciata (Snake Plant / Mother-In-Law's Tongue) |
Tanaman ini sesuai dijadikan tanaman pagaran atau ditanam berasingan
serta boleh juga ditanam di dalam pasu cantik dan diletakkan di dalam
rumah (pastikan kedudukannya hampir dengan pintu atau tingkap untuk
mendapatkan cahaya matahari).
Pokok lidah jin lebih subur jika ditanam di kawasan yang redup tetapi
mendapat cahaya terang yang banyak. Tanahnya pula hendaklah tidak
menakung air seperti tanah yang bercampur pasir atau batu-batu kecil.
Tidak perlu menyiramnya selalu kerana akarnya akan reput jika berlebihan
air. Pokok ini boleh hidup bertahun-tahun lamanya.
Pembiakannya juga sangat mudah iaitu melalui keratan daunnya. Cuma
cucukkan sahaja bahagian bawah keratan daun itu ke tanah. Atau boleh
juga dilakukan dengan memisah-misahkan daun-daun dari rumpun pokok
asalnya kepada kumpulan-kumpulan kecil dan menanam semula di tempat atau
pasu-pasu yang lain.
Sebagai tanaman hiasan, untuk kelihatan lebih cantik, daunnya hendaklah
disembur dengan air dan dilap supaya bersih dan berkilat.
Dari segi perubatan tradisional pula, daun lidah jin boleh digunakan sebagai pembalut luka.
|
Pokok Lidah Jin - Boleh Order! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan